Jumaat, 26 Mac 2010

santapan..

Hati umpama raja
Hati yang sakit akan membawa kepada:
1. Putus harap dan hilang rasa kebergantungan pada Allah
2. Kebimbangan dan kerunsingan
3. Resah dan bosan
4. Cepat putus asa dan kecewa
5. Takut pada persekitaran dan berdebar
6. Hilang yakin diri
7. Negatif dan pesimis dalam hidup


Hati laksana raja. Perbuatan jahat terbit dari hati yang kotor berkarat. Perbuatan
yang tidak waras seperti bunuh diri, mencederakan orang lain atau menyakitkan perasaan jiran tetangga bersumber daripada hati yang tercemar. Sebaliknya hati yang bersih akan melahirkan sikap terpuji, selalu berbaik sangka, saling ingin mempertautkan silaturahim dan ingin berjasa. Rasulullah menjelaskan mengenai
empat bentuk hati:

1. Hati yang bersih, ibarat lampu bersinar, iaitu hati orang mukmin
2. Hati yang hitam terbalik, iaitu hati orang kafir
3. Hati yang terbungkus dan berbalut, iaitu hati orang munafik
4. Hati yang bercampur aduk antara iman dan nifak


Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah seluruh tubuh manusia dan jika jahat maka jahatlah seluruh tubuh manusia. Ketahuilah itulah hati.” (Riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan